• Selamat Datang Ke amirazros.blogspot.com

    Assalamua'laikum wbt Dan Salam Sejahtera.

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk melayari blog saya ini. Blog ini diwujudkan untuk merapatkan silaturahim antara saya dan anda agar kita sama-sama dapat berkongsi idea, pengalaman, ilmu dan sebagainya. Jadi, harapan saya, blog ini dapat dijadikan salah satu medium pengenalan antara saya dan anda.

Posted by amirazros On 7:27 AM 0 comments

HASIL NUKILAN DARIPADA FADHIL ZHAFRI

(Khas buat sahabatku, Muhamad Hafiz Mohd Seth, Amir Azros Abdul Aziz, Mohd Fikri Said, Sir Jihadi Md Ali dan Wan Hizam Wan Hassan)

Kala malam begini, biasanya aku akan terus tidur, berehat untuk menghadapi hari esok. Entah mengapa malam ini aku tidak dapat melelapkan mata. Mengapa tiba-tiba malam ini idea untuk aku terus menulis datang dengan tidak semena-mena. Ok lah, oleh kerana aku tidak boleh tidur, aku ingin berkongsi dengan korang semua mengenai sebuah rumah. Rumah itu di katakan berhantu kerana ia telah menghantui beberapa orang yang pernah tinggal di rumah tersebut. Masih aku ingat lagi rumah tersebut, rumah itu berhantu kerana sering di hantui oleh suara gelak tawa misteri yang tidak diketahui dari mana datangnya suara gelak tawa tersebut. Rumah berhantu itu terletak di Taman Ria Batas Liku, Arau, Perlis. Aku masih terbayang akan bentuk rumah tersebut, sangat cantik dan kecantikan rumah itu terserlah dengan suara gelak tawa misteri di rumah itu setiap hari. Mari aku teruskan dengan cerita rumah hantu tersebut.


Kala aku menukilkan ini, meremang bulu romaku sambil tersenyum haru mengingatkan rumah berhantu itu. Hampir setiap hari suara gelak tawa misteri itu memecahkan keheningan rumah itu tidak mengira waktu bahkan di waktu petang, suara itu terus menghantui segenap ruang rumah itu. Di fahamkan suara-suara misteri itu merupakan sekumpulan sahabat yang pernah menuntut di sebuah institusi pengajian terkemuka di bumi Perlis Indera Kayangan ini. Mereka bukan sahabat yang dikenali semenjak zaman kanak-kanak mahupun remaja tetapi mereka hanya mengenali antara satu sama lain ketika menuntut di institusi tersebut. Mereka berkenalan sewaktu Minggu Haluan Siswa kala mereka tidak disediakan kemudahan penginapan dalam institusi tersebut. Mengapa bulu roma ku terus meremang, adakah sesuatu yang aku rasakan? Mungkin perasaan ku barang kali tetapi sebenarnya, itu lah semangat yang dititipkan oleh sekumpulan sahabat yang pernah menghantui rumah tersebut.

Kala Allah SWT menduga bumi Perlis dengan banjir besar pada tahun 2005, 7 sahabat ini bertemu dalam sebuah bilik di asrama institusi pengajian tersebut dan bermula dari situ tertitipnya jalinan persahabatan yang utuh sehingga menghantui jiwa mereka setiap kali mengingati peristiwa tersebut. Masih teringat lagi akan istilah "Kisah bermula dari ladang tebu" di mana mereka mulai mengenali antara satu sama lain kala berkonvoi di atas motor menuju Padang Besar Perlis. Siapa sangka bahawa mereka akan terus menjadi sahabat sehingga kini. Dan jalinan tersebut di perkukuhkan lagi setiap kali dugaan datang menimpa mereka; ya dugaan dalam persahabatan, tersinggung bahu, terluka perasaan, Ya Allah, begitu hebat hantu-hantu ini menghadapi dugaan tersebut dengan hati yang terbuka dan redha. Memang bulu roma ku terus meremang bila teringat akan kisah ini. Rumah tersebut memang berhantu sehingga kini dengan suara gelak tawa tujuh sahabat tersebut. Bagi sesetengah orang pasti membayangkan suara-suara halus yang bukan-bukan tetapi kenyataannya kehadiran hantu-hantu tersebut benar-benar mewarnai keceriaan rumah tersebut. Isy....kenapa tiba-tiba air mata ku mengalir nie, apa la orang lelaki menangis, aku terharu dengan sikap setiakawan yang dititipkan oleh tujuh (7) sahabat ini sehingga meninggalkan kesan mendalam di rumah berhantu tersebut.
Namun begitu, x semua hantu itu jahat. Ada hantu yang baik dan mereka menghantui kehidupan orang lain dengan meninggalkan kenangan terindah terpalit dalam hidup mereka. Di sini lah mereka bertemu, di sinilah mereka merasa erti kehidupan yang mencabar ini, di sinilah mereka menangis dan ketawa bersama, di sini lah mereka bergaduh dan berdamai semula, di sinilah mereka menyakat antara satu sama lain, di sinilah mereka meninggalkan jejak mereka dan di sinilah lahirnya hantu-hantu yang akhirnya menjadi seseorang yang berjaya. Penghuni rumah hantu itu sehingga kini dihantui suara-suara gelak tawa hantu-hantu di rumah tersebut. Rumah itu akan terus berhantu bahkan akan terus dihantui oleh suara gelak tawa misteri itu sampai bila-bila. Rumah itu lah yang banyak berjasa pada hantu-hantu itu.

Semoga suara-suara misteri itu akan terus berkumandang di rumah berhantu tersebut dengan seribu satu kenangan abadi yang terindah di sanubari mereka. Ya, rumah itu berhantu dan akan terus di hantui suara gelak tawa misteri hantu-hantu yang pernah menghuni rumah tersebut....... Terima kasih rumah berhantu kerana membenarkan mereka meninggalkan jejak mereka di dalam rumah itu dengan seribu satu suara gelak tawa misteri.





P/S: Rumah berhantu itu merupakan rumah sewa yang aku sewa bersama-sama dengan enam (6) orang sahabatku yang kemudiannya menjadi lima (5) orang sahaja namun kami masih berhubungan sehingga kini dan rumah tersebut banyak meninggalkan kenangan terindah dalam hidup kami. Suara gelak tawa misteri itu merupakan suara kami yang kini menjadi kenangan yang paling manis dalam kehidupan kami. Wahai sahabatku, aku merindui kalian dengan suara gelak tawa kalian. Terima kasih kerana menyerikan hidupku sepanjang dua tahun menjadi rakan serumah korang. Semoga Allah meredhai persahabatan kita ini....Aminnn.....



"Tersenyum aku, sambil menitiskan air mata mengenangkan dikau, yang tinggal, hanya gambar juga tanda mata dan kenangan, tiada terduga yang ini harus akan terjadi di malam begini, mungkin kah kita akan bersua lagi?"

-Brain Connection, Aku & Kenangan (1976)-

Siapakah hantu-hantu tersebut yang menghantui rumah berhantu itu?


Dari kiri: Amir Azros Abdul Aziz, Wan Hizam Wan Hassan, Muhamad Hafiz Mohd Seth dan Ahmad Fadhil Zhafri Ahmad Fuad












Mohd Fikri Said




















Sir Jihadi Md Ali


















www.tips-fb.com

Percutian Di Pulau Langkawi

Posted by amirazros On 7:26 PM 0 comments

Salam Sejahtera Sahabat :)

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda pengalaman saya ketika bercuti santai bersama keluarga. Fuh... Memang pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Tak perlulah saya bercerita panjang lebar lagi di sini. Check this out!

Lokasi : Langkawi
Masa : Cuti Raya Cina
Jurukamera : Aizat Azros





























www.tips-fb.com

Persediaan Bergelar Ayah

Posted by amirazros On 9:28 PM 0 comments

Cemas, resah gelisah dan teruja bercampur baur. Mungkin itulah perasaan mereka yang menanti saat-saat manis bakal bergelar ayah.

Bahkan, ada segelintir suami yang turut merasai beban alahan dan peritnya seperti mana wanita mengandung. Merekalah yang menanggung alahan muntah atau pening-pening, sehingga tidak lalu hendak makan sedangkan isterinya nampak sihat dan tidak mengalami alahan.

Adalah harus bagi suami tidak memandang enteng kepada kehamilan isteri. Kehamilan dan kelahiran adalah aspek terpenting dalam pembangunan keluarga kerana menerusi proses ini baka dan zuriat dapat diteruskan dan diperkembangkan.

Setiap pengantin baru yang ingin membangunkan keluarga perlu memandang berat perkara ini dan tidak menyerahkan bulat-bulat kepada takdir dalam menentukan proses kehamilan dan kelahiran cahaya mata yang bakal menyerikan kehidupan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bapa merupakan penjana dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tanggungjawab dalam memastikan keharmonian dan kesejahteraan sesebuah keluarga dipikul oleh bapa. Bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membuat sesuatu keputusan demi memastikan hala tuju sesebuah keluarga itu berada dalam landasan yang betul.

Selain itu, istilah bapa milenium atau bapa alaf baru memberi gambaran yang jelas tentang cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi oleh bapa masa kini. Selaras dengan perkembangan teknologi dan pendedahan ilmu pengetahuan secara global, golongan bapa juga harus mempersiapkan diri dengan ilmu secukupnya bagi memastikan generasi akan datang mempunyai jati diri yang tinggi.

Justeru, dalam masa 40 minggu di mana anda dan pasangan menanti kelahiran bayi, akan ada beberapa ketika di mana suami memerlukan banyak kekuatan emosi untuk anda berdua.

Perubahan hormon

Perubahan pada tubuh pasangan anda serta tahap hormon yang sentiasa turun naik, mungkin akan menyebabkannya mengalami pelbagai jenis emosi. Suami perlu sentiasa di samping bagi memberi keyakinan pada isteri begitu juga dengan luahan perasaan suami apabila isteri berkelakuan sebegitu.

Ceritakan perasaan anda kepada isteri dan benarkan dia memberi anda sokongan emosi seperti mana yang anda lakukan untuknya.

Selain itu, pada proses kehamilan isteri, ramai lelaki mengalami kenaikan berat badan kerana rasa simpati terhadap pasangan mereka yang sedang hamil. Ini kerana melihat isteri yang turut menambah makanan sekali gus turut berkeinginan untuk berbuat demikian.

Bagi mengekalkan kesihatan dan berat badan, adalah dinasihatkan untuk melakukan senaman bersama pasangan anda.

Senaman

Senaman mempunyai banyak kebaikan untuk kedua-dua ibu serta bayi dan anda juga boleh menjadi sihat di samping menghabiskan masa bersama pasangan dan bayi anda. Jika anda dapat memupuk satu budaya senaman keluarga sekarang, ia akan menjadi lebih mudah untuk anak-anak anda menjadi sihat pada masa hadapan.

Suami dan isteri juga boleh melakukan senaman antenatal yang sering dianjurkan oleh hospital-hospital bagi memberi panduan kepada bakal ibu dan ayah yang menanti kelahiran pertama.

Senaman ini juga mampu mengurangkan rasa takut bakal ibu dalam menghadapi saat melahirkan anak. Walaupun melahirkan anak hanya melibatkan kaum ibu, kehadiran bapa juga amat dialu-alukan bagi memberi sokongan dan sebagai tanda kasih selain mempelajari teknik menangani situasi genting yang bakal berlaku dengan kelahiran cahaya mata mereka.

Kesan rokok

Bagi suami yang merokok atau mengambil minuman beralkohol, ini adalah masa yang terbaik untuk anda berhenti.

Asap rokok mempunyai pelbagai kesan yang negatif kepada semua, sama ada dewasa, kanak-kanak atau bayi yang belum dilahirkan. Cuba sedaya upaya untuk menjauhkan pasangan anda dari tempat-tempat yang ada orang merokok serta pencemaran udara yang lain dan jangan benarkan tetamu merokok di rumah anda.

Persediaan mental

Selalunya bagi seorang bapa, kebapaan hanya akan menjadi kenyataan di saat bayi dilahirkan. Anda harus bersedia secara mental untuk segala yang bakal ditempuhi. Ini kerana kepesatan pembangunan teknologi maklumat serta pengaruh luaran memberi impak serta menjadi halangan bagi seorang bapa dalam mendisiplinkan bakal anak yang bakal dilahirkan.

Sehubungan itu, suami harus menimba ilmu kebapaan sebanyak mungkin bagi menyampaikan mesej yang berkesan kepada anak-anak. Ilmu bukan sahaja boleh diperoleh daripada seminar, buku, malah pandangan orang tua penting bagi menambahkan keilmuan di dada.

Perlu diingat, pada zaman moden ini, cabaran utama dalam dunia keibubapaan ialah aspek komunikasi. Kegagalan mewujudkan komunikasi yang berkesan boleh mencetuskan konflik. Jika dibiarkan ia akan menjejaskan keharmonian keluarga.

Proses pembesaran

Tidak dinafikan pengaruh elektronik memberikan kesan begitu mendalam terhadap anak-anak, terutama yang sedang mengalami proses pembesaran. Cabaran berkomunikasi ini sedikit sebanyak menjadi penghalang bagi seorang bapa untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada anak-anak secara berkesan. Ini kerana bahasa anak-anak pada zaman moden berbeza berbanding pada zaman anda remaja dahulu.

Sebagai contoh, dulu hanya menggunakan surat dengan penuh berhemah kepada ayah jika berkehendakkan sesuatu. Tetapi, kini cara tersebut berubah menjadi lebih mudah dengan adanya khidmat pesanan ringkas (SMS).

Walaupun untuk mengaplikasikan ilmu komunikasi ini masih lama tempuhnya bagi bapa yang menimbang anak pertama, namun adalah penting untuk bertatih dari sekarang dalam memperkayakan ilmu komunikasi ini.

Justeru itu, peranan bapa yang bukan sekadar sebagai menyediakan keperluan asas, tetapi lebih penting sebagai pemimpin yang memupuk persefahaman dan kesejahteraan dalam keluarga.

Dalam memenuhi tanggungjawab tersebut, seorang bapa akan berdepan dengan cabaran untuk menyeimbangkan dengan tuntutan kerjaya mereka.

Bagi menangani cabaran tersebut, bapa perlu bijak dalam meletakkan kepentingan mana yang perlu didahulukan berdasarkan kepada keperluan.

Begitu juga, ramai bakal bapa menjadi bingung apabila sedar akan implikasi terhadap kewangan mereka setelah mempunyai seorang anak. Memang sudah menjadi kebiasaan untuk kaum lelaki bekerja lebih masa bagi menambah pendapatan.

Namun, sedarkah bekerja lebih masa akan mengurangkan waktu untuk orang tersayang terutamanya bagi si kecil dan isteri yang baru melahirkan cahaya mata.

Wang atau kasih sayang!

Walaupun mempunyai wang yang lebih sedikit, tetapi tidak boleh membayarnya dengan kasih sayang dan masa yang diperuntukkan bersama tersayang. Oleh itu, satu penyelesaian harus dicari, wang atau kasih sayang!

Apa yang perlu anda buat ialah perbincangan dengan pasangan dalam membentuk satu belanjawan keluarga.

Di samping itu, masalah utama yang sering dihadapi ialah siapa yang akan menjaga si kecil. Jika tiada cara lain, mungkin demi kebaikan bayi anda, ada baiknya jika pasangan berhenti kerja buat sementara sehingga bayi membesar. Ini merupakan keputusan yang harus dibuat oleh pasangan anda sahaja, oleh itu beritahu pasangan anda tentang perasaan anda mengenainya dan kemudian biarkan dia yang membuat keputusan.

Selain itu, jika belanjawan anda terlalu ketat, korbankan aktiviti-aktiviti yang sering anda lakukan seperti pergi ke kelab, membeli belah di tempat yang mahal atau berhibur tanpa batasan.

Tidak dilupakan ialah menyediakan nama bayi yang bakal dilahirkan. Bagi orang Islam adalah lebih baik menamakan anak dengan nama yang mempunyai makna yang baik. Ini bagi mengelakkan berlakunya kemudaratan apabila dewasa kelak seperti diejek oleh rakan sekiranya namanya mempunyai makna yang buruk dan tidak baik.

Seeloknya rujuk kepada buku-buku yang menyediakan pelbagai pilihan nama yang baik maknanya.

Ada juga setengah orang yang ingin mengabungkan nama isteri dan suami. Walaupun nama itu menggambarkan suatu ikatan kukuh hubungan suami isteri sehingga lahirnya zuriat, tetapi penting di sini, harus mempunyai makna yang baik.

Jangan sehingga berlaku pergaduhan suami isteri dalam menentukan nama malah kadangkala ahli keluarga seperti mertua ingin memberi nama, maka perlu ada muafakat dan persetujuan bersama untuk menamakan si comel yang bakal menyerikan rumahtangga anda.

www.tips-fb.com

Assalamua'alaikum w.w dan Salam Sejahtera...

Sedar tak sedar, cuti sekolah hampir ke penghujung. Walaubagaimanapun, saya pasti ramai yang masih lagi bercuti bersama-sama keluarga tercinta. Tak kiralah di mana lokasi destinasinya, asalkan selamat pergi dan selamat sampai saya doakan :)

Saya pun baru saja balik dari pergi ke dapur umah jiran Genting Highland bersama-sama dengan keluarga tercinta. Apa yang boleh saya ceritakan, ia adalah percutian yang sangat fantastico menyeronokkan J. Dan kepada anda yang ingin bercuti ke Genting Highland, saya cadangkan, pakailah baju nipis-nipis tebal-tebal yer... :)

Bayaran ke sana adalah RM41.00. Harga termasuk tiket bas, kereta kabel dan juga akitiviti Outdoor. Kami bertolak dari One Utama bermula jam 8.00 pagi. Tepat jam 8.45 pagi, kami sampai di Stesen Kereta Kabel.

Check This Out! Ecewah... Jangan Jeles :D

Baru jer naik Kereta Kabel... Gayatt tuee..

Pemandangan dari Kereta Kabel....


Pemandangan luar kereta kabel...

Pemandangan dalam kereta kabel... Hahaha~

Sampai jer. Terus terkam kat kedai Coklat...

Sempat snap masa beratur tunggu nak naik 'roller coaster'

Nak belon satu Encik Badut

Tunggu giliran...

Ayah and Mama...

Dengan Maskot Genting

Dengan Aizat lagi...

P.s : Ada rezeki, nak p lagi. Ada sapa-sapa nak ikot? Jum... :D

www.tips-fb.com

Kenangan Sewaktu Di SMK Simpang Pulai

Posted by amirazros On 3:45 AM 0 comments

Jam menunjukkan pukul 5 petang. Baru jer lepas baca Ebook 'Strategi Membina Mailing List'. Tengok kat depan dekstop laptop nie, punyalah serabut. Jadi, tengah free nie, boleh lah 'kemas' sikit dekstop yang penuh dengan file-file lama. Dalam duk 'kemas' dekstop' nie, tetiba jer 'terpaling' kat file video 'Last Day di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai'.

Apa lagi, terkenanglah semula kat rakan-rakan dan anak-anak didik di SMK Simpang Pulai. Rindu pulak rasanya. Lama rasanya tak berjumpa diorang. Entry kali nie, nak share lah video yang saya rakamkan ketika hari terakhir saya sebagai guru praktikal di sana. Kepada pelajar-pelajar Cikgu, kalau jumpa Cikgu kat luar tue, tegur-tegur la yer. Xtegur, hambat ngan penyapu :D




Bersama dengan cikgu-cikgu Senior




Gelagat Ketika Berjual Beli :D



Hari Kokurikulum SMK Simpang Pulai 2010



P.S : Kepada pelajar Tingkatan 5, Cikgu ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM dengan Jayanya! :)

P.S : Insya-Allah, Cikgu akan uploadkan lagi gambar-gambar dan video disini


Terima Kasih.

Daripada,



YM : azrosfamilymail@yahoo.com
FB    : www.facebook.com/amirazros
Blog : amirazros.blogspot.com
Web : http://wangianpemikat.com/
======================
+ IKLAN BERBAYAR +
======================

Ingin Membina Laman Web Sendiri? Dapatkan Panduan Web Advance Edition Sekarang!
>> http://tinyurl.com/27ecoua

Membina Laman Web Perniagaan Internet 100% Secara Praktikal!
>> http://tinyurl.com/2gyjnzk

Anda Mahu Berniaga? Tetapi Tiada Modal? Dapatkan Rahsia Modal Sekarang!
>> http://tinyurl.com/2dlj8fl
>> http://tinyurl.com/278e4p7

Anda Tiada Motivasi Untuk Berjaya? Dapatkan Rahsia Sebenar Untuk Berjaya!
>> http://tinyurl.com/25jbtdk

Anda Mahu Berkahwin Tetapi Tiada 'Modal'. Dapatkan Rahsia
Mencari Duit Perkahwinan!
>> http://tinyurl.com/299zsej

Risau Gemuruh Ketika Bernikah Nanti? Dapatkan Rahsia Mudah Akad Nikah!
>> http://tinyurl.com/2cp9o2p

======================

www.tips-fb.com

Suatu Malam Di Ice Room Kota Damansara

Posted by amirazros On 5:35 PM 0 comments

Semalam (23 November 2010), saya bersama keluarga tercinta singgah di Ice Room Kota Damansara. Just nak share la apa yang diorang saji kan. Sebab kami tertarik dengan nama Ice Room nie. Kalau diterjemahkan ke Bahasa Melayu adalah Bilik Ais. Wah... Persepsi saya, mesti kami berada dalam suatu bilik yang penuh dengan aiskrim. Nyumi sungguh. Hahahah~

Jum kita tengok apa yang diorang sajikan.

P.s : Jangan tgk kalau anda xtahan godaan aiskrim. :P~

Inilah rupernya Ice Room di Kota Damansara


Menu.... Menarik kan?


Self Service. Tulis jangan tak tulis pilihan anda



Pilihlah yang mana satu....


Ya.. Gelagat Nina masa tunggu 'Fish n Chip' nya


'Fish and Chip' Nina yang ditunggu2 telah sampai.... :D


Wah.... Apa ntah nama aiskrim nie. Tp perisa blueberry (bukan handphone blueberry tue yer :P~)


Nie pulak Tropicana. Semua buah ada.... :D




Gelagat ayah.... Hahaha~




Sedapnyeee...... ;P~





======================
+ IKLAN BERBAYAR +
======================
Rahsia Mencari Duit Perkahwinan!

Rahsia Sebenar Untuk Berjaya!
>> http://www.kuasamindaberjaya.com/index.php?ref=motivasidiri

Ketahui Rahsia Memikat!
>> http://www.wangianpemikat.com/
======================

www.tips-fb.com

Sambutan Hari Raya AidilAdha Tahun 2010

Posted by amirazros On 2:55 AM 0 comments


Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Begitulah sedikit sebanyak maklumat tentang Hari Raya Korban atau Hari Raya AidiAdha yang disambut oleh seluruh umah Islam. Pada tahun ini (2010) sambutan Raya Korban sedikit berbeza. Mana taknya, sebelum ini saya sambut dalam 'status' bujang, tapi pada tahun ini, saya sambut dalam 'status' suami orang. Hehehe~

Disini saya selitkan gambar-gambar sambutan Hari Raya Aidil Adha di kampung isteri saya, Baling Kedah.


Masyarakat setempat bergabung tenaga dalam menjayakan ibadah korban


Anak-anak kecil, dapat mempelajari erti Raya Korban


Lembu yang memberikan 'kerjasama' dalam proses pengorbanan. Macam faham-faham jer dia nak dijadikan korban :)

Proses melapah daging korban


Daging korban yang telah dilapah


Semoga Hari Raya Korban kali ini, memberikan 1001 hikmah dan erti sebenar pengorbanan dalam kehidupan kita. Insya-Allah.









http://facebook.com/amirazros


======================
+ IKLAN BERBAYAR +
======================
Rahsia Mencari Duit Perkahwinan!
>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=budgetkahwin

Rahsia Mudah Akad Nikah!
>> http://www.nikahkahwin.com/index.php?ref=panduannikah

Rahsia Sebenar Untuk Berjaya!
>> http://www.kuasamindaberjaya.com/index.php?ref=motivasidiri

Ketahui Rahsia Memikat!
>> http://www.wangianpemikat.com/
======================

www.tips-fb.com